Gempa Bumi..Satu peringatan buat kita semua...

Gempa bumi???

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.
Semalam yakni pada 30 September, seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Bandar Padang di bahagian wilayah barat Sumatera.
Gegaran yang dianggarkan 6.8 skala Richter itu telah memusnahkan banyak tempat di Padang
Setakat ini gempa bumi di Padang telah meragut nyawa sebanyak 467 orang manakala 376 orang cedera parah...
Turut dikhabarkan bahawa kesan gempa bumi Padang turut dirasai di selatan semenanjung Malaysia yakni di Johor Baharu.
Gegaran kecil dirasai penghuni beberapa bangunan tinggi di bandar ini, menyebabkan penghuni dan pekerja termasuk di Wisma Persekutuan dan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak turun ke kawasan lapang.

Suasana gempa bumi di Padang:





 

Namun disebalik kejadian yang berlaku ini, ada hikmah dan pengajarannya..Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu tanpa sebarang hikmah..
Fikir2kanlah pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa ini..

Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada para pembaca..

sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/index_html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi